Tarikh : 17 Oktober 2008

Waktu : 9 am

Krew Terlibat : Saya sendiri Rusnah, bersama rakan lain Hairena dan Nor Aini serta seorang rakan yang memandu kami ke kajian lapangan.

Perjalanan memakan masa hampir satu jam untuk sampai ke destinasi, kami telah memilih pusat Bandar daerah Kuala Langat iaitu Banting untuk membuat kajian tahap keefisienan bandar. Bandar Banting merupakan satu kawasan pusat kegiatan penduduk di sana, dilengkapi dengan fasiliti pusat membeli belah, gedung – gedung menjual pakaian dan pelbagai jenis kain. Juga terdapat kemudahan pendidikan seperti Kolej swasta iaitu Kolej MCS bersebelahan Pusat membeli belah The Store.

Kami mula mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai yang berada di kawasan bandar Banting. Responden terdiri dari pelbagai bangsa, Melayu, China dan India. Banyak ragam yang kami temui, ada di antara mereka memberi respon yang baik sewaktu kami menebual mereka secara ringkas mengenai bandar Banting, ada juga yang bersikap melarikan diri, ada yang tidak serius. Namun sebagai pembuat kajian , kami tenang menghadapi pelbagai karenah penduduk di sana.

Kami dengar pendapat, penghargaan dan pujian, dan masih ada keluhan dari mereka.

Dari segi perkhidmatan awam seperti pejabat pos, hospital serta perhentian bas dalam keadaan baik, penduduk dalam keadaan selesa. Keadaan lalu lintas jalan raya yang bagus, tidak berlaku kesesakan jalan raya, keselamatan persekitaran bandar sentiasa dipantau oleh MDKL secara kerap. Keluhan segelintir mengatakan kekurangan pondok telefon awam, keselamatan dari jenayah kurang, dan masalah sosial masih perlu dibanteras.

Secara keseluruhan bandar Banting mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang cukup untuk para penduduk, masih boleh diperkembangkan untuk menjadi sebuah bandar yang lebih maju untuk keselesaan rakyat.

0 comments:


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews